Click to set custom HTML

ShoutMix chat widget


imamislam.weebly.com


Laman web ini merupakan galeri hasil artikel dan debat saudara Adli Zil Ikram Abdullah atau dikenali sebagai Imam di dalam karyanya dan bila dalam perdebatannya. Beliau banyak menulis artikel terutama dalam bidang teologi (perbandingan agama) dan juga berdebat dengan penganut agama lain terutama Kristian. Pembaca boleh mendapatkan artikel dan hasil perdebatan mereka di www.sarapanpagi.org.  Beliau juga menjadi pendebat jemputan dalam laman web dan blog pihak Kristen seperti di imam_kristen.blogspot.com.



Imam Berbicara


Assalamualaikum wbt

Alhamdulillah, bersyukur kepada Allah swt dapat saya meneruskan penulisan saya dalam blog ini walaupun banyak artikel yang tertunggak untuk dikeluarkan kerana beberapa masalah yang tidak dapat diatasi. Beberapa pertambahan terbaru telah dilakukan oleh murid saya, saudara Ulangan seperti yang anda dapat lihat dalam ruangan forum. Beberapa thread baru dimasukkan seperti Musyawarah untuk pemuda Muslim bertukar pendapat serta menghantar artkel keagamaan dan thread Pertanyaan Tentang Kristen ialah koleksi kajian yang saya lakukan selama ini tentang agama Kristian (berkonsep Hard Talk). Saya ingin menerangkan tentang konsep forum yang disalah anggap oleh beberapa ilmuan Kristen yang tidak mahu menyertai kerana takut posting mereka akan di'delete' kerana sudah pasti posting mereka akan mengkritik Islam. Sebenarnya post-post yang akan di'delete' dari forum ialah kritikan tanpa bukti atau dalil. Sebagai contoh, jika anda mengatakan Islam itu ganas tanpa sertakan bukti atau dalil, itu adalah penghinaan atau kritikan tetapi jika anda mengata Islam itu ganas berdasarkan dalil dalam kitab-kitab Islam, kami tidak menganggapnya kritikan kerana kritikan anda berasas. Apa yang kami akan lakukan adalah menerangkan kembali salahfahaman itu.